TERIMA KASIH KERANA MELAYARI DERMAGA BM STPM --- MOGA-MOGA MEMPEROLEH MANFAAT - ANDA DIIZINKAN UNTUK MEMUAT TURUN DOKUMEN [KEBANYAKANNA DALAM FORMAT PDF] YANG DIINGINI ... SEBELUM ITU, SILALAH MENDAFTAR SEBAGAI AHLI/RAKAN TINGKATAN ENAM - LALUAN PALING MURAH DAN PALING MUDAH KE UNIVERSITI AWAM - PASTINYA ANDA TIDAK INGIN KETINGGALAN DAN KERUGIAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA 2023: "MALAYSIA MADANI: TEKAD PERPADUAN, PENUHI HARAPAN"

GOLONGAN KATA DAN FUNGSI KATA

GOLONGAN kata atau jenis kata, kelas kata, dan kategori kata, ialah perkataan yang dijeniskan atau dikelompokkan mengikut ciri-ciri persamaan yang tertentu. Persamaan tersebut diambil kira dari aspek kategori, makna, bentuk, penempatan, dan fungsi kata. Walaupun golongan kata termasuk dalam kategori morfologi, golongan kata juga perlu dilihat dari aspek sintaksis. Hal yang sedemikian perlu kerana terdapat perkataan yang termasuk dalam golongan kata utama tetapi dalam ayat perkataan itu sebenarnya menjalankan fungsi sebagai kata tugas.

Kata dibahagikan kepada empat golongan, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas. Setiap golongan kata tersebut mempunyai subgolongan atau jenis-jenis tertentu berdasarkan fungsinya. Hal ini boleh anda pelajari daripada nota yang disediakan dalam blog ini, iaitu pada bar Penggal 2.

Yang ingin dicatatkan di sini ialah kedapatan perkataan tertentu yang mempunyai fungsi yang berbeza apabila digunakan dalam kedudukan tertentu dalam ayat. Hal inilah yang dikatakan bahawa golongan kata boleh dikaji dari aspek morfologi dan juga aspek sintaksis. 

Perkataan dalam, kalau dilihat sepintas lalu, ialah kata adjektif. Namun begitu, terdapat juga perkataan itu yang berfungsi sebagai kata tugas. Lihat fungsinya yang berbeza berdasarkan kedudukannya dalam ayat-ayat yang berikut:
  1.  Air sungai di kawasan itu sangat dalam.
  2.  Ibu bapanya tidak terlibat dalam hal tersebut.
  3.  Sejenis tumbuhan baharu ditemukan di dalam hutan di kawasan itu.
Bagi ayat (1), dalam merupakan kata adjektif.  Namun, dalam pada ayat (2) dan ayat (3) merupakan kata tugas, iaitu masing-masing merupakan kata sendi nama dan kata arah.

Perkataan mengenai juga mempunyai dua golongan kata berdasarkan fungsinya. Lihat perbezaan fungsi tersebut.
  1.  Pukulannya mengenai kepala budak itu.
  2.  Perbincangan mengenai program terkini sedang dijalankan.
Perkataan mengenai dalam ayat (1) ialah kata kerja, yang bermaksud kena pada. Sebaliknya, perkataan itu dalam ayat (2) merupakan kata tugas, iaitu kata sendi nama. Perkataan itu boleh bertukar ganti dengan perkataan tentang.

Perkataan tersembam, umpamanya, juga berbeza fungsi jika digunakan pada konteks tertentu. Lihat aspek perbezaannya berdasarkan ayat-ayat yang berikut.
  1.   Atlet itu tersembam setelah melepasi garis penamat.
  2.   Atlet itu jatuh tersembam setelah melepasi garisan penamat.
Perkataan tersembam pada ayat (1) merupakan kata kerja tak transitif. Namun begitu, pada ayat (2), tersembam tidak berfungsi sebagai kata kerja walaupun golongannya boleh dianggap kata kerja, kerana kata tersebut menjelaskan cara jatuh. Oleh itu, tersembam pada ayat (2) ialah kata kerja yang berfungsi sebagai kata adverba, iaitu sejenis kata tugas.

Terdapat beberapa perkataan lain yang mengalami keadaan seperti di atas. Oleh itu, calon perlu berhati-hati sekiranya soalan meminta calon mengenal pasti golongan kata dan fungsi. Dalam hal ini, golongan kata ialah jenis perkataan, manakala fungsi ialah peranan yang dimainkan oleh golongan kata itu dalam binaan ayat.

4 ulasan:

Unknown berkata...

Wtf syirik anjay

Tanpa Nama berkata...

Boleh saya pasal "Mereka bermesyuarat dalam keadaan tenang. Apa fungsi bagi perkataan "dalam" tersebut?

Tanpa Nama berkata...

Tanya pasal ayat tersebut

MUHAMMAD NABIL HAKIM berkata...

Kata tugas

Sewajarnya...

banner

Khidmat Nasihat & Pedoman Bahasa - www.dbp.gov.my

banner

KONGSI BAHAN

Sekiranya anda berminat untuk berkongsi bahan, sila kirim melalui e-mel: saimimsalleh@gmail.com, atau imi6911683@yahoo.com.

Kesudian anda sangat dihargai.

MAKALAH PENULIS LAIN

MAAF dipohon daripada penulis dan penerbit makalah yang digunakan dalam laman ini tanpa kebenaran. Sekiranya penulis dan penerbitnya tidak mahu makalah tersebut terus digunakan, sila maklumi melalui e-mel: smsmsalleh@gmail.com.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada yang membenarkan karya disebarkan untuk manfaat anak-anak watan kita.

DENGAN NAMA ALLAH

YANG BERSAMA DENGAN KITA

 
Reka bentuk asal:Free WordPress Themes | Dijadikan Blogger oleh Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Terima kasih.